Thursday 17 March 2011

3kg Dalam Masa Seminggu

Assalam,

Hye guys..!!

Sorry x de update last week, agak busy sedikit dengan kerja hakiki.. Just nak share something, Yoshi buat penimbangan semula pada 1 Mac 2011 dan berat pada waktu cecah 79 kg (masih x brubah) hehe sbb yoshi makan ikut suke hati...

Tapi, pada waktu penimbangan dibuat, secara rasmi dan direkodkan dalam buku persendirian. So, yoshi pun nak tgk lar, kot2 berat still bley turun or x.. So for the whole week after, Yoshi x sentuh langsung makanan bergoreng dan Yoshi makan menu yang sama seperti yang dicatatkan sebelum nih..

Alhamdulillah, penimbangan pada 8 Mac 2011 berat Yoshi turun kepada 76 kg..!! agak memeranjatkan juga lar sebab x de lar serius sangat, buat memain jew.. tapi hasil sangat memuaskan..!!! ini bukan tipu daya atau dakyah semata2..!! anda buat anda dapat..!! Usaha dan kekuatan mental sangat penting..!!

Yoshi dah buat anda bila lagi..?? Selamat berjaya..!!! ;)

Friday 4 March 2011

Contoh Menu Sihat Kidal

Okay, bagi membantu rakan-rakan yang nak diet, disertakan sedikit jadual pemakanan Yoshi yang dapat bantu korang..


Sarapan:


Makanan : Sandwich tuna @ 2 biji telur separuh masak TANPA kuning telur @ roti bakar
Minuman : Air Limau tanpa gula @ air mineral pon boleh.. tapi klau x tahan sebat jew pape air yang penting kurang manis... PERINGATAN : gula juga produce tenaga n klau tidak digunakan boleh menjadi lemak..




Lunch :


Makanan :Sayur @ sayur @ sayur dan segenggam nasi (actually Yoshi sendiri mkn nasi 3 or 2 hari sekali) klau da bosan bley try buah-buahan plak.. pandai2 r adjust sendiri k.. yang penting kne ada kekuatan mental @ korang bley gantikan nasi dengan mee..


Minuman : Mineral water.. (air masak merupakan air terbaik selain bio aura or geng2 yang bersekutu dengannya..)


Dinner (selalunya saya akan makan sebelum pukul 7 malam):  


Makanan : My favorite should be Bihun Tomyam Sayur.. makan sup2 pun okay.. Yang penting ade sayur.. boleh juga makan oat if tak lapar.. huhu..
Minuman : Mineral water... 






Selamat mencuba.. :)


AMARAN : Sebelum mulakan diet, anda perlu rujuk kepada pakar pemakanan.. kot2 x sesuai dengan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan korang sebab setiap individu berbeza.

Wednesday 2 March 2011

Cara Yoshi Kurangkan Berat Badan

Terpanggil saya di sini untuk berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya menurunkan berat badan. Dengar macam mudah tetapi untuk lakukannya anda perlu bersedia dari segi mental. Kita buat, kita yang dapat. Sebenarnya x mustahil untuk kita lakukan.

Pada asalnya berat badan saya 96kg dengan ketinggian 175cm. Selepas 4 bulan mengamalkan cara pemakanan yang sihat, saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 79kg.  That mean 17kg. Dan masih lagi meneruskan diet untuk capai berat ideal 75kg. Terdorong dari teguran daripada officemate tentang "perkembangan" badan yang semakin ketara, saya mula join satu kursus luar yang dianjurkan oleh office tampat saya berkhidmat. So dari kursus 2 saya dapat maklumat dan saya amalkan secara berterusan untuk jangka masa yang panjang.

So, saya berpegang kepada beberapa prinsip :

1. Jangan skip makan - Yang paling penting buang tanggapan bahawa anda boleh kurus tanpa makan..!! Bila anda x makan, kadar metabolisme dlm badan akan turun. Secara ringkasnya, metabolisma > bakar lemak. Untuk makluman, semakin tinggi kadar metabolisme, semakin tinggi kadar lemak yang dibakar. Banyakkan makan sayur, ikan, telur atau kekacang (sumber protein).

2. Elakkan Makanan Bergoreng - Cuba elakkan makanan bergoreng, cuba tukar menu pemakanan anda dengan makan yang direbus, atau dipanggang. Ingat, makanan bergoreng mengandungi kolestrol yang tinggi dan ini akan melambatkan proses diet anda.

3. Banyakkan minum air suam/masak/mineral - yang ni banyak membantu saya.. hehe.. klau lapar, sumbat jew dengan air. tp klau lapar sgt saya akan makan something yang healthy contoh: buah-buahan, atau kekacang but not to much. Sekadar alas perut. 


4. Kurangkan kuantiti nasi - pastikan nasi yang anda ambil tidak lebih dari 1/3 pinggan anda atau tidak lebih dari segenggam. Banyakkan makan sayur-sayuran. Kadar protein yang tinggi akan mengurangkan rasa lapar. Kurangkan pengambilan makanan ringan/fast food.

5. Berkorban - Tinggalkan dunia fast food anda. tapi klau sekali sekala x pe kot.. hehe..

6. Exercise - exercise x wajib, tapi ianya dapat membantu mempercepatkan proses diet anda. Buat 1 jam 3 kali seminggu pun okay..

Dan yang paling penting DONT PUSH YOURSELF TO HARD..!! Selamat mencuba..