Sunday 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul 2012M/1433H : “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah“


Dari Abdullah bin Amr r.a., katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja.”...Sahabat-sahabat baginda bertanya : “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?”...Baginda menjawab : “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (HR at-Tirmizi )

Sahabat yang kasihi, hadith diatas saya kongsikan untuk mengingatkan diri sendiri dan diri kalian. Sempena sambutan maulidur rasul tahun ini, ayuh tingkatkan rasa kasih dan sayang kepada nabi junjungan S.A.W. 

Salah satu cara untuk mencintai Rasulullah S.A.W adalah dengan mengikuti sunnah dan cara hidup baginda.





Kesimpulannya, semoga usaha kita mencintai Rasulullah S.A.W dapat dijadikan tiket masuk ke dalam syurga bersama baginda. Insyaallah. 

Salam Maulidur Rasul :)