Saturday 26 November 2011

"Ayuh, Hijrahlah..!!"

Assalamua'alaikum W.B.T.,


Hey2, tadaaaaaa.. Kejut kew? Agak lama blog nih menyepi. Aku sendiri pun hampir lupa akan kewujudan blog nih.. teeetttt.. haha..


Aku pun x nak cakap sampah banyak sangat, cuma sempena sambutan maal hijrah tahun nih pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram tahun 1433 hijrah, aku menyeru rakan2 agar berhijrah dari segi akidah.


Betulkan aku jika silap..


Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain


Hijrah menurut khudbah jumaat yang aku dengar tadi bererti kita menjauhi sesuatu yang tidak elok.



عَنِ ابْنِ عَمْرُو عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أَفْضَلُ المُهَاجِرِيْنَ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ تَعَالَى عَنْهُ – رَوَاهُ الطّبَرَانِي – حَدِيْثٌ صَحِيْحٌ – الأحَادِيْثُ الصَّحِيْحَة / 1491 – انظر : صَحِيْحُ الجَامِع الصَّغِيْر – للألباني
Daripada Ibnu Amru daripada Nabi SAW sabdanya : Sebaik-baik orang yang berhijrah, ialah orang yang berhijrah (meninggalkan) apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT. (HR al-Tabaraniy – Hadis Sahih – Himpunan Hadis-Hadis Sahih No. 1491 – Lihat Sahih al-Jami’ al-Saghir – Oleh Al-Albaniy.
Penjelasan hadis :
1. Hijrah menurut bahasa maknanya berpindah atau meninggalkan yang pertama menuju kepada yang kedua. Hijrah dalam Islam terbagi dua, iaitu : 1. ( هِجْرَة حِسِّيَّة  ) : Hijrah Fisikal ; 2. (  هِجْرَة مَعْنَوِيَّة  ) : Hijrah Sikap.Hijrah Fisikal ialah berpindah dari satu negeri ke negeri lain. Hijrah jenis ini tidak dituntut kecuali jika darurat. Umpamanya jika kita tinggal disuatu negeri yang tidak membenarkan kita melaksanakan syareat Allah seperti tidak boleh solat, tidak boleh menutup aurat dan lain-lain, maka ketika itu kita wajib berhijrah jika memungkinkan.Adapun Hijrah Sikap adalah wajib dan Fardhu ‘Ain ke atas setiap muslim dan muslimat. Hijrah jenis inilah yang diisyaratkan oleh Hadis Sahih di atas.

selanjutnya boleh dicapai menerusi http://drabdullahyasin.com/2011/03/26/hijrah-yang-dituntut/#more-108


Kesimpulan :


Hijrah sikap merupakan hijrah yang dituntut. Buanglah sikap2 yang menjengkelkan dan menyirapkan darah orang lain.... Ayuh dekatkan diri dengan allah, laksanakan perintahNya dan jauhi semua laranganNya. Renung2kan dan selamat beramal. Waallahu'alam.