Wednesday 11 July 2012

Ramadhan dan Ilmu?


Mukadimah : Ilmu dalam Ibadah
Ramai orang yang beramal ibadah tapi ibadah itu tidak mencegah atau mengekang hawa nafsu. Ramai yang buat ibadah tapi tidak memberi BEKAS atau KESAN kepada diri mereka. Solat, puasa, semua buat cun, tapi masih mengumpat, x tutup aurat. bercakap, melihat dan mendengar perkara yang sia2 dan sebagainya.

Kenapa? Sebab tiada ilmu. Tiada Ilmu untuk menghayati ibadah 2 sendiri, tiada ilmu untuk mencegah atau mengekang hawa nafsu.

Memandangkan Ramadhan pun hampir tiba, ada sedikit yang nak saya kongsikan : Ilmu dan ibadah Puasa.


Ramadhan dan Ilmu
Bila bulan Ramadhan, ada tak iklan kat tv yg ajak melakukan ibadah, ajak g surau terawih ke, g tadarus ke? X de rasanya, yg ada cuma iklan buffet ramadhan kat hotel2 RM 20++ tu haaa.... sales baju raya, kuih raya dan iklan duk perabis duit. Tp alhamdullih kat facebook ade juga rakan2 prihatin yang berilmu, share post2 yang menuju kearah kebaikan dalam bulan yang penuh barakah ini.
Allah jadikan manusia dalam keadaan lemah. Pentingnya ilmu ini kita jadikan sebagai navigator, haaa… Sebagai petunjuk, kita baca al-quran dan ertinya, tadabbur, kita faham dan ilmu al-quran itu kita gunakan sebagai petunjuk.

* Al-Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus menuju Allah (Al-Isra: 9, as-Syura: 52, al-Maidah: 15 – 16).
Bagaimana >> Memahami Al-Quran

Sahabat, ramadhan itu bulan ibadah, melatih kita supaya menjadi orang yang bertaqwa. Kita juga digalakkan melakukan ibadah sebanyak mungkin. Ilmu dalam konteks ibadah puasa kita gunakan untuk menghindarkan diri dari melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa dan perkara yang membatalkan puasa serta memberi kesan kepada diri kita (memohon keampunan Allah S.W.T).

Tapi yang sedihnya bila kita berpuasa sekadar sebab bulan 2 bulan puasa, sebab malu dengan kawan2 yang lagi dasyat ada yang cakap klau x puasa x boleh raya (selalu ugut budak2 camnih kan???). Raya yang dikejarnya, Puasa pun belum lagi tp da set dalam jadual sebulan nak buka kat mane. Tp itulah hakikat. MasyaAllah.  Bila berlakunya perkara mcm nih, yang dapat cumalah lapar dan dahaga:

“Rasullullah S.A.W bersabda : Berapa ramai orang yang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali rasa lapar” (Imam ibnu Majah 1690)

Sebab apa berlakunya perkara sebegini? Sebab tiada ilmu. Jadi tanamkan dalam hati, berpuasa dengan niat bertaqwa, mencari keredhaan dan keampunan Allah. Insyallah. Alangkah indahnya klau kita tahu ganjaran Allah lebih besar dari ganjaran yang ada di dunia.

MENJALANI IBADAH PUASA TANPA MENSIA2KANNYA

Antaranya, Pertama:
Sabar ke atas musibah dan kecaman yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam  mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: 
“Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.”[4]

Kedua:
Digalakkan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan ketaqwaan sebagai mana firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa.
[al-Baqarah 2:183]

Ketiga:
Menjaga diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam Ramadhan.[5]

 ” Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa juga
adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, aku berpuasa “. [HR Ibnu Khuzaimah : 1996][1]



Keempat:
Sentiasa mengingati amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.[6]

Kelima:
Dalam bulan yang mulia ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka
yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. [al-Tahrim 66:06]


KESIMPULANNYA
Bila beramal 2 buatlah secara istiqamah dan tawadduq. Mudahan2 Allah kurniakan ganjaran syurga dan sedikit sebanyak memberi kesan dalam perlakuan harian kita menjadi hambaNya yang tinggi akhlaknya.

Saya bukan nak tunjuk baik wahai sahabat, tapi saya cuba menjadi baik dan mengajak sahabat2 melakukan kebaikan bersama2. Semoga mendapat hidayah Allah dan keredhaanNya, InsyaAllah.

Takbir, Allahuakbar! Takbir, Allahuakbar! Takbir, Allahuakbar! [Allah Maha Besar]

No comments:

Post a Comment