Wednesday 2 March 2011

Cara Yoshi Kurangkan Berat Badan

Terpanggil saya di sini untuk berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya menurunkan berat badan. Dengar macam mudah tetapi untuk lakukannya anda perlu bersedia dari segi mental. Kita buat, kita yang dapat. Sebenarnya x mustahil untuk kita lakukan.

Pada asalnya berat badan saya 96kg dengan ketinggian 175cm. Selepas 4 bulan mengamalkan cara pemakanan yang sihat, saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 79kg.  That mean 17kg. Dan masih lagi meneruskan diet untuk capai berat ideal 75kg. Terdorong dari teguran daripada officemate tentang "perkembangan" badan yang semakin ketara, saya mula join satu kursus luar yang dianjurkan oleh office tampat saya berkhidmat. So dari kursus 2 saya dapat maklumat dan saya amalkan secara berterusan untuk jangka masa yang panjang.

So, saya berpegang kepada beberapa prinsip :

1. Jangan skip makan - Yang paling penting buang tanggapan bahawa anda boleh kurus tanpa makan..!! Bila anda x makan, kadar metabolisme dlm badan akan turun. Secara ringkasnya, metabolisma > bakar lemak. Untuk makluman, semakin tinggi kadar metabolisme, semakin tinggi kadar lemak yang dibakar. Banyakkan makan sayur, ikan, telur atau kekacang (sumber protein).

2. Elakkan Makanan Bergoreng - Cuba elakkan makanan bergoreng, cuba tukar menu pemakanan anda dengan makan yang direbus, atau dipanggang. Ingat, makanan bergoreng mengandungi kolestrol yang tinggi dan ini akan melambatkan proses diet anda.

3. Banyakkan minum air suam/masak/mineral - yang ni banyak membantu saya.. hehe.. klau lapar, sumbat jew dengan air. tp klau lapar sgt saya akan makan something yang healthy contoh: buah-buahan, atau kekacang but not to much. Sekadar alas perut. 


4. Kurangkan kuantiti nasi - pastikan nasi yang anda ambil tidak lebih dari 1/3 pinggan anda atau tidak lebih dari segenggam. Banyakkan makan sayur-sayuran. Kadar protein yang tinggi akan mengurangkan rasa lapar. Kurangkan pengambilan makanan ringan/fast food.

5. Berkorban - Tinggalkan dunia fast food anda. tapi klau sekali sekala x pe kot.. hehe..

6. Exercise - exercise x wajib, tapi ianya dapat membantu mempercepatkan proses diet anda. Buat 1 jam 3 kali seminggu pun okay..

Dan yang paling penting DONT PUSH YOURSELF TO HARD..!! Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment